1.0 Pengenalan
Novel
Juara karya S. Othman (1976), adalah antara novel yang membangkitkan isu
politik dan dianalogikan dalam perlawanan laga lembu. Menurut Bwpian (2010),
dalam S. Othman blogspot yang diperoleh pada April 25, 2015 daripada http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archive.html, Juara bermaksud
seorang "pembasuh" laga lembu yang mana menjadi suatu permainan yang
diminati oleh masyarakat Siam pada masa itu. Kisah novel ini lebih berlatar
belakangkan kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan gaya hidup yang
diwujudkan serta unsur politik yang dimasukkan dalam novel ini. Setiap novel
yang dihasilkan oleh S. Othman mempunyai pemikirannya tersendiri. Setiap
daripadanya membawa keunikannya yang tidak terdapat dalam mana-mana novel lain.
Kemunculan novel ini sememangnya telah mengangkat namanya dalam dunia
kesusasteraan. Dalam novel ini jelas memperlihatkan pemikiran mengenai politik
dan perjuangan orang Melayu. Pemikiran itu tertera dengan jelas dalam novel
Juara ini sekali gus novel ini menjadi refleksi politik Melayu pada masa itu. Hal
ini berikutan dengan situasi yang berlaku pada masa itu iaitu terdapatnya
pergolakan politik di negara ini.
Penulisnya iaitu, S. Othman Kelantan atau nama
sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November
1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. S. Othman Kelantan
pulang ke rahmatullah pada jam 12.05 tengah malam tadi di Hospital
Serdang. Sasterawan Negara yang ke-9, S.
Othman Kelantan, 69,meninggal disebabkan serangan sakit jantung, paru-paru
berair dan tekanan darah rendah. Khabarnya, akan dikebumikan tanah perkuburan
di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Menurut Bwpian
(2010) dalam S. Othman blogspot yang diperoleh pada April 25, 2015 daripada http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archive.html S. Othman Kelantan menulis puisi, cerpen, novel, serta esei/kritikan. Dalam
bidang cerpen, S. Othman Kelantan telah berhasil membentuk namanya sebagai
cerpenis yang berjaya sesudah melahirkan sebuah cerpen bertajuk “Pahlawan
Lembu” yang hingga kini cukup popular di kalangan peminat cerpen tanah
air. Tidak terduga oleh kita bahawa S.
Othman yang pada satu ketika dahulu amat gemar mengutarakan kisah-kisah
detektif dan ala cowboy itu, akhirnya
meneroka ke daerah persoalan yang lebih besar mencakupi soal-soal
kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah.
S. Othman Kelantan juga telah mengkritik keras
pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak
kerajaan pada ketika itu. "Beliau seorang yang tidak pernah merahsiakan
pandangan beliau mengenai sikap kerajaan terhadap bahasa Melayu dan
sastera," katanya. Tambahnya, selain Shahnon Ahmad, arwah adalah penulis
yang terawal terlibat dengan penulisan novel yang menonjolkan imej keislaman
menerusi novel beliau berjudul 'ustaz'.
1.1Sinopsis Novel Juara
Novel Juara (1976) karya S. Othman adalah novel yang berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Mamat dan anak - anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jal, Seli dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang Lazim, ayah kepada Sani dan Salim. Yang telah dibunuh dan ditembak selepas mereka menjuarai satu pertandingan laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan beberapa konconya yang lain kerana hasad dengki dan cemburu akan kehebatan lembu Abang Lazim. Lembu Abang Lazim dipanggil dengan nama Calet. Mereka begitu tidak puas hati kerana lembu mereka iaitu Langsat telah dikalahkan oleh Calet. Novel ini berlatarkan kehidupan di negeri Siam yang tempatnya bersempadan dengan Kelantan. Dalam cerita ini juga, Mamat merupakan seorang ahli politik yang telah pun meletakkan jawatan setelah gagal dalam dua kali pilihan raya yang berlangsung di kawasan itu dan beliau juga adalah tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah Melayu sewaktu itu. Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Mamat adalah disebabkan oleh jiwanya yang merasakan bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan olehh rakyat atau masyarakat setempat dan juga beberapa faktor lain seperti saingan hebat daripada parti lain.
1.1Sinopsis Novel Juara
Novel Juara (1976) karya S. Othman adalah novel yang berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Mamat dan anak - anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jal, Seli dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang Lazim, ayah kepada Sani dan Salim. Yang telah dibunuh dan ditembak selepas mereka menjuarai satu pertandingan laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan beberapa konconya yang lain kerana hasad dengki dan cemburu akan kehebatan lembu Abang Lazim. Lembu Abang Lazim dipanggil dengan nama Calet. Mereka begitu tidak puas hati kerana lembu mereka iaitu Langsat telah dikalahkan oleh Calet. Novel ini berlatarkan kehidupan di negeri Siam yang tempatnya bersempadan dengan Kelantan. Dalam cerita ini juga, Mamat merupakan seorang ahli politik yang telah pun meletakkan jawatan setelah gagal dalam dua kali pilihan raya yang berlangsung di kawasan itu dan beliau juga adalah tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah Melayu sewaktu itu. Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Mamat adalah disebabkan oleh jiwanya yang merasakan bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan olehh rakyat atau masyarakat setempat dan juga beberapa faktor lain seperti saingan hebat daripada parti lain.
Berdasarkan cerita ini, terdapat
suatu persamaan antara kehidupan Mamat dengan perjuangannya dalam bidang
politik. Mamat yang juga terlibat dalam laga lembu dan juga sering memenangi
perlawanan tersebut. Menang dan kalah itu sudah dianggap sebagai perkara yang
biasa sama seperti ketika dirinya menghadapi pilihan raya. Laga lembu adalah
salah satu aktiviti yang melibatkan pelaburan wang yang banyak dan
dikategorikan sebagai berjudi, iaitu, jika lembu tersebut menang dalam
pertandingan, semua wang pertaruhan akan menjadi milik pemenang. Mamat
mendekati perlawanan laga lembu setelah berlakunya kekalahan dalam pilihan raya
di Kelantan. Mamat banyak menerima ilmu laga lembu daripada Abang Lazim. Beliau
memilih untuk berpindah ke Siam untuk lebih fokus dalam perlawanan laga lembu
tersebut. Kelebihan Mamat yang boleh menilai dan memilih lembu yang terbaik
untuk perlawanan amatlah disegani oleh golongan yang gemarkan perlawanan laga
lembu ini apatah lagi anak buahnya sendiri. Kehidupan Mamat pada ketika itu
hanyalah berlegar di kawasan bong dan laga lembu. Setelah kematian Calet yang
ditembak oleh Pak Isa dan konco – konconya, Mamat telah melatih Aral iaitu
seekor lembu muda yang tidak pernah memasuki perlawanan laga lembu ini. Aral
dilatih dengan baik dan sering beroleh kemenangan dan menjadi juara dalam
setiap perlawanan. Namun begitu kematian Dollah Munduk telah menyebabkan Mamat
disoal siasat dan ianya membantutkan pencarian Pak Isa yang pernah membunuh
Abang Lazim setahun yang lalu.
Setahun selepas Mamat disoal siasat
berkaitan kes kematian Dollah Munduk, Aral kian menjadi semakin terkenal. Aral
pernah berlawan dengan seekor lembu dari Pulau Lonel. Lembu itu sebenarnya
adalah milik Pak Isa yang dicari Mamat selama ini. Tanduk lembu tersebut telah
disaluti dengan besi agar ianya lebih tajam dan dibuat semata – mata untuk
membunuh Aral. Ketika itu, bukan sahaja lembu yang berentap di dalam ruang laga
lembu, malah ianya melibatkan pertarungan hebat antara Mamat dan juga Pak Isa.
Dendam mereka yang tidak berbalas iaitu berkenaan kekalahan Pak Isa sutu ketika
dahulu dan kemarahan Mamat atas kematian Abang Lazim yang dibunuh oleh Pak Isa.
Akhirnya, Pak Isa mati ditembak oleh Mamat dihadapan penyokong perlawanan laga
lembu tersebut.
1.2 Rungkaian unsur Politik dalam novel Juara (1976)
1.2 Rungkaian unsur Politik dalam novel Juara (1976)
Menurut Hashim Ismail (2007) dalam artikel Sejarah Penulisan Novel di Malaysia : Isu
dan Cabaran menyatakan bahawa, S. Othman Kelantan melekat dengan imej "Jogho"
atau Juara yang mempunyai ciri tersendiri terhadap imej politik dan simbol
perlagaan lembu. Walaupun berhasil menulis puluhan novel lain tetapi identiti
S. Othman Kelantan dilihat dominan dengan novel Juara.
Novel ini menurut Abdul Basir Awang (2013) dalam kajian Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
menjelaskan novel Juara karya S. Othman ini menceritakan tentang perkaitan
antara hasrat untuk berkuasa, untuk diterima masyarakat dalam memenuhi
kepentingan diri dan menjadikan timbulnya keegoan dalam diri dengan pelbagai
cara untuk mendapatkan power dan glory. S. Othman menyatakan bahawa, “gelanggang politik dengan gelanggang lembu
tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama –
sama diperjudikan. Kalau lembu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah,
orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu politik,”
Menurut Kemala (2008) (dalam
Nooraini Abdul Aziz (2008) dalam blog Artikel Sastera yang diperoleh pada April
25, 2015 daripada http://noorainiabdulaziz.weebly.com/artikel-artikel-sastera.html)
melalui artikel Abdul Samad Said, Shahnon Ahmad dan Arena Wati: Ketegaran Cerita Pendek
dan Novel Melayu Malaysia menyatakan S.Othman mendalami iklim sosiopolitik
dan ekonomi di negeri Kelantan. Juara, dan beberapa novel lain seperti Angin
Timur Laut dan Kota Baru memberikan wawasan tentang kehidupan di negeri Melayu
yang masih mempertahankan nilai-nilai tradisi dan kesenian dan maruah yang
dipandang amat sensitif. Harga diri adalah sesuatu yang dipandang tinggi. Tanpa
mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tidak bererti.
U-Wei Haji Shaari juga telah
mengadaptasikan novel Juara ini dalam bentuk filem. Novel Juara (1976) ini telah ditukar namanya kepada Jogho ketika
diangkat ke layar perak. Berdasarkan Bwpian (2010) Filem Jogho yang pada april 25, 2015 daripada http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archive.html filem ini menceritakan konflik yang berlaku antara "jogho-jogho"
lembu sehingga menimbulkan ketidakpuashati sampai ada yang sanggup berbunuhan. Menurut
Hashim Awang (2013) dalam Tokoh dan Pendekatan Kritikan Sastera Bahagian 1 diperoleh pada April 25, 2015 daripada menjelaskan http://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/tokoh-dan-pendekatan-kritikan-sastera.html dalam pembicaraan terhadap novel Juara karya S Othman Kelantan, Hashim Awang
memilih penumpuannya terhadap cerita terutamanya hubung kait watak-watak
penting dengan tindak tanduk mereka. Dalam Juara Hashim Awang melihat wujudnya
unsur pemenuh keinginan. Peristiwa perlagaan lembu dalam novel ini
memperlihatkan unsur simbolik terhadap watak Mamat. Mamat terpaksa mengalah
kepada kehendak idnya untuk menjadi juara politik sebaliknya menjadi juara
lembu. Hashim Awang juga menjelaskan bahawa novel Juara menjadi pemenuh
keinginan penulisnya S Othman Kelantan untuk menjadi tokoh politik.
Shafie Abu Bakar (2014) dalam
artikel Mempertaruhkan Kajang,
Memperjudikan Masa Depan : Siapa Juara? Perspektif Sastera menjelaskan
bahawa novel Juara (1976) adalah antara novel-novel S. Othman Kelantan, seorang
Novelis dan Sasterawan Negara. Novel ini mengambil tema dari politik
pilihanraya yang diolah secara satira. Unsur satira ini menjadi kegemaran S.
Othman di dalam menulis novel-novel dan juga cerpennya – Contoh Pahlawan Lembu
– juga cerpen bersifat satira politik. Bahkan kajian peringkat Ph. D.nya juga
mengenai satira (Penulis bersama Prof. Dr. Wan Hashim Pengarah ATMA, UKM
menjadi Penyelia bersama).
2.0 Ciri-ciri Khusus
Berdasarkan
Novel Juara ini, beberapa ciri-ciri khusus yang ada pada karya tersebut telah
dikaji, meliputi aspek isi dan mesej yang ingin disampaikan, nilai budaya,
pandangan hidup, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa.
2.1 Isi
dan Mesej yang Ingin Disampaikan
Isi dan mesej merupakan perkara utama yang ingin
disampaikan di dalam sesebuah karya. Bagi memastikan jalan cerita sesebuah
novel bermakna, penulis akan memasukkan isi dan mesej yang berguna kepada
pembaca. Lazimnya, isi dan mesej inilah yang memacu pengembaraan penulis untuk
digambarkan atas kertas. Keupayaan S. Othman Kelantan memasukkan isi-isi yang
berkaitan tentang kehidupan masyarakat menunjukkan bahawa Sasterawan Negara ini
patuh dan setia akan tanah tumpah darahnya. Dalam novel Juara karya S. Othman
Kelantan, terdapat tiga isi dan mesej yang telah dikenal pasti iaitu kehidupan
berpolitik, budaya laga lembu, sikap membalas dendam dan kasih sayang terhadap
keluarga.
2.1.1 Kehidupan Berpolitik
Kehidupan berpolitik sememangnya satu mesej yang
ingin disampaikan oleh penulis melalui garapannya dalam novel Juara. Melalui novel ini, watak Mamat
dibangunkan untuk menunjukkan situasi politik khususnya di Kelantan selepas
kemerdekaan. Walaupun, keadaan politik ini tidak diceritakan secara mendalam
seperti budaya laga lembu, namun isu politik yang digarap oleh penulis sangat
menarik untuk ditelusuri.
Dalam
novel ini diceritakan bahawa, Mamat bersama sahabatnya iaitu Yahya Hassan,
Mahmud Larin dan lain-lain berusaha menuntut untuk diadakan pilihan raya
daripada pihak British. Hal ini kerana, pilihan raya adalah bukti rakyat
inginkan kemerdekaan. Berbagai usaha dilakukan sehinggalah perhimpunan dan
perarakan menuntut diadakan pilihan raya di Istana Balai Besar. Walaupun Mamat
seakan-akan dilarang oleh isterinya untuk tidak terlibat dalam usaha tersebut,
namun jiwa perjuangannya tetap berkobar-kobar. Akhirnya usaha untuk diadakan
pilihan raya yang pertama telah berjaya. Pihak British bersetuju untuk
menjalankan pilihan raya.
Pada
peringkat awal, Mamat tidak menjadi calon sebaliknya Mahmud Larin, Cikgu Abdul
Kudus dan Yahya Hasan bertanding malah telah menang. Mamat tetap berbangga atas
kejayaan rakan-rakannya itu. Mereka ini juga telah dipilih untuk mewakili
Kelantan ke Melaka untuk menyaksikan perisytiharan tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu. Perjuangan mereka ini ternyata tidak sia-sia.
Ternyata,
dunia politik bukanlah dunia yang mudah untuk ditemp0uh dan dirempuh. Buktinya,
pada pilihan raya yang pertama selepas kemerdekaan, Mamat telah dipilih menjadi
calon partinya iaitu Parti Persatuan Melayu. Tugas ini bukannya ringan
memandangkan rakyat mula marah kepada Parti Persatuan Melayu kerana
rakan-rakannya suka memilih anak-anak buah mereka untuk jawatan-jawatan
tertentu. Sikap ini telah dijadikan modal oleh Parti Perpaduan Islam untuk
menjatuhkan mereka. Kesemua mereka kalah dalam pilihan raya kali ini dan hanya
beberapa kerusi sahaja dapat dimenangi oleh parti tersebut.
Selepas
itu, wujud perebutan jawatan dalam parti. Walaupun, Mamat kekal pada
jawatankuasa namun Abdul Kudus, Mahmud Larin dan Yahya Hassan masuk ke
peringkat pegawai. Setahun sebelum pilihan raya, semua jawatan Mamat digugurkan
namun namanya sekali lagi dicalonkan oleh Pusat Parti. Kali ini, Mamat akan
dicalonkan ditempatnya sendiri iaitu Kelantan Hilir. Segalanya dirancang baik.
Keadaan sebelum ini kacau menjadi tenang. Mamat bekerja keras sehingga menjual
tanahnya untuk belanja pilihan raya. Dari satu tempat ke satu tempat dia
berkempen. Namun, apabila keputusan diumumkan, Mamat sekali lagi kecundang. Dia
berjanji ini adalah pilihan raya yang terakhirnya. Mereka sekeluarga telah
berpindang ke Bangnara, Thailand untuk menjalankan kehidupan yang baharu di
sana.
Walaupun
isu tentang politik ini tidak disentuh dengan banyak dalam novel Juara ini,
namun penulis mampu menunjukkan kepada pembaca bahawa dunia politik bukanlah
satu dunia yang mudah. Cabaran dalam bidang politik ini cukup getir. Keikhlasan
dalam berpolitik untuk memperjuangkan sesuatu perlulah kukuh, barulah
kepercayaan akan diberikan sepenuhnya oleh rakyat.
2.1.2 Budaya Laga Lembu
Kegiatan laga lembu dianggap sebagai sebuah kegiatan judi. Laga lembu merupakan satu pertandingan lawan antara dua ekor lembu dalam bong iaitu tempat lembu dilagakan. Lembu yang dapat mengalahkan lawan iaitu membunuh lawan atau dapat bertahan lebih lama berbanding lawan akan dikira sebagai pemenang. Dalam perlawanan ini, terdapat sejumlah wang yang dipertaruhkan oleh peserta.
Novel Juara membawa pembaca untuk menyelusuri kehidupan masyarakat di Bangnara, Thailand. Di sini, budaya melaga lembu masih diamalkan. Bahkan, tiada undang-undang yang menegah perbuatan tersebut. Malahan, aktiviti melaga lembu ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada pemilik lembu laga yang menang.
Dalam novel ini telah diceritakan bahawa, watak Abang Lazim orang yang begitu handal dalam soal laga lembu. Begitu juga Mamat. Ketika Calet iaitu lembu kepada Abang Lazim dipertandingkan, Mamat telah menjadi juara. Calet akan dilagakan dengan lembu Pak Isa yang bernama Langsat. Dalam pertandingan ini, mamat telah menggunakan tipu helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya, dengan wang pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya dikalahkan. Perkara ini telah membuatkan Pak Isa dan konco-konconya termasuk Dolah Munduk tidak berpuas hati dan akhirnya telah menembak Abang Lazim dan Calet.
Namun, minat Mamat terhadap laga lembu tidak terhenti di situ. Mamat dan konco-konconya iaitu Jali, Sani, Semail dan Mat San masih memiliki lembu yang masih muda yang dinamakan Aral. Aral adalah lembu pemberian Dolah Munduk. Walaupun, Mamat pernah dicederakan oleh Aral atas perbuatan kianat Dolah Munduk, dia masih gigih untuk melatih aral serta yakin bahawa Aral akan menjadi seekor Calet yang baharu. Akhirnya, suatu hari Aral telah di bawa ke Bandar Bangnara untuk dilagakan buat kali pertama. Dalam perlawanan itu Aral telah dilagakan dengan lembu yang bernama Nibung. Tanduk Aral telah menujah-nujah leher Nibung sehinggakan lembu itu rebah. Aral menang.
2.1.3 Sikap Membalas Dendam
Dalam novel Juara ini, diceritakan tentang kebangkitan Mamat dan anak buahnya untuk menuntut bela atas kematian Abang Lazim dan Calet. Bermula dengan usaha mencari Pak Isa dan Dolah Munduk di sekitar selatan Siam hinggalah ke Kelantan. Mamat juga telah mengupah Jaafar Beruang untuk mencari Pak Isa di Kelantan namun tidak berjumpa. Dendam mereka makin membara setelah mengetahui Dolah Munduk telah mengupah orang untuk memasukkan arak yang bercampur tuba dalam bekas minuman Aral sehingga menyebabkan Aral menjadi gila. Keadaan itu telah menyebabkan Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Aral.
Ketika buat pertama kalinya Aral akan dilagakan, kelibat Dolah Munduk telah dikesan. Hal ini, telah menyebabkan dendam mereka makin membara. Walaupun begitu, mereka perlu bersabar terlebih dahulu kerana terpaksa menunggu Aral habis dilagakan. Beberapa taktik di atur agar mereka dapat membalas dendam kepada Dolah Munduk. Setelah habis pertandingan, Aral telah dibawa pulang oleh Salim dan pengikutnya manakala Jali, Sani dan Mat San tidak ikut pulang. Sebaliknya mereka merancang untuk membunuh Dolah Munduk. Ketika Dolah Munduk masuk ke sebuah warung, mereka telah menunggu di satu tempat dengan bersembunyi. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Dolah Munduk dan seorang rakannya telah keluar daripada warung. Tidak beberapa lama kemudian bermulalah pergaduahan antara mereka semua. Kawan kepada Dolah Munduk dapat melarikan diri manakala Dolah Munduk terus mati di situ setelah dihiris dan ditikam oleh mereka. Namun, Pak Isa masih selamat. Kejadian itu telah menyebabkan mereka menyembunyikan diri bagi memastikan bagi mereka tidak ditangkap oleh serdadu atau pihak bertanggungjawab.
Setelah beberapa lama, usaha mencari musuh mereka itu menemui jalan buntu, Pak Isa muncul ketika Mamat dan anak-anak buahnya berada di bong ketika melagakan Aral. Aral sebenarnya akan dilagakan dengan lembu Pak Isa. Ketika itu, Mamat mengetahui bahawa lembu yang akan menjadi lawan Aral, tanduknya tidak asli iaitu diperbuat daripada besi. Oleh itu, Mamat berkeras untuk memeriksa lembu tersebut. Ketika itulah munculnya Pak Isa dengan memberi amaran supaya tidak masuk jika tidak mahu ditembak. Namun, Mamat terus melangkah ke hadapan dan menghalakan senapang laras duanya ke arah Pak Isa. Seterusnya Mamat telah menembak mati Pak Isa. Mamat sangat puas dengan tindakannya itu.
Ternyata dendam yang dibangunkan dalam novel ini berjaya membawa penulis ke satu permasalahan yang sememangnya wujud dalam masyarakat Melayu. Kata-kata “Hutang wang dibayar wang, hutang darah dibayar darah” digambarkan melaui cerita ini. Manusia tidak akan berpuas hati selagi hutang atau dendamnya tidak tertunai.
2.1.4 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Walaupun novel Juara membawa nilai-nilai yang lebih bersifat agresif, S. Othman Kelantan tetap memasukkan nilai kasih sayang dalam novelnya. Kasih sayang terhadap keluarga begitu dititikberatkan oleh penulis. Lalu beliau, membangunkan watak-watak dan babak-babak yang mampu membuatkan pembaca berfikir tentang indahnya mempunyai sebuah keluarga yang saling menyayangi dan mempercayai.
Watak-watak dalam keluarga Mamat, digambarkan sebagai watak-watak yang cukup penyayang. Mamat mempunyai seorang isteri iaitu Minah dan tiga orang anak perempuan serta seorang anak lelaki bernama Jusuh. Kehidupan keluarga ini aman dan damai. Buktinya, mereka masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihanraya dan ikut sama-sama melarikan diri ke Siam.
Selain itu, kasih sayang mereka juga dipamerkan ketika Mamat menghadapi musibah. Sebagai contoh, Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Arah. Namun mereka tetap setia merawat Mamat. Contoh, petikan yang dapat dilihat tentang kasih sayang isterinya;
Kegiatan laga lembu dianggap sebagai sebuah kegiatan judi. Laga lembu merupakan satu pertandingan lawan antara dua ekor lembu dalam bong iaitu tempat lembu dilagakan. Lembu yang dapat mengalahkan lawan iaitu membunuh lawan atau dapat bertahan lebih lama berbanding lawan akan dikira sebagai pemenang. Dalam perlawanan ini, terdapat sejumlah wang yang dipertaruhkan oleh peserta.
Novel Juara membawa pembaca untuk menyelusuri kehidupan masyarakat di Bangnara, Thailand. Di sini, budaya melaga lembu masih diamalkan. Bahkan, tiada undang-undang yang menegah perbuatan tersebut. Malahan, aktiviti melaga lembu ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada pemilik lembu laga yang menang.
Dalam novel ini telah diceritakan bahawa, watak Abang Lazim orang yang begitu handal dalam soal laga lembu. Begitu juga Mamat. Ketika Calet iaitu lembu kepada Abang Lazim dipertandingkan, Mamat telah menjadi juara. Calet akan dilagakan dengan lembu Pak Isa yang bernama Langsat. Dalam pertandingan ini, mamat telah menggunakan tipu helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya, dengan wang pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya dikalahkan. Perkara ini telah membuatkan Pak Isa dan konco-konconya termasuk Dolah Munduk tidak berpuas hati dan akhirnya telah menembak Abang Lazim dan Calet.
Namun, minat Mamat terhadap laga lembu tidak terhenti di situ. Mamat dan konco-konconya iaitu Jali, Sani, Semail dan Mat San masih memiliki lembu yang masih muda yang dinamakan Aral. Aral adalah lembu pemberian Dolah Munduk. Walaupun, Mamat pernah dicederakan oleh Aral atas perbuatan kianat Dolah Munduk, dia masih gigih untuk melatih aral serta yakin bahawa Aral akan menjadi seekor Calet yang baharu. Akhirnya, suatu hari Aral telah di bawa ke Bandar Bangnara untuk dilagakan buat kali pertama. Dalam perlawanan itu Aral telah dilagakan dengan lembu yang bernama Nibung. Tanduk Aral telah menujah-nujah leher Nibung sehinggakan lembu itu rebah. Aral menang.
2.1.3 Sikap Membalas Dendam
Dalam novel Juara ini, diceritakan tentang kebangkitan Mamat dan anak buahnya untuk menuntut bela atas kematian Abang Lazim dan Calet. Bermula dengan usaha mencari Pak Isa dan Dolah Munduk di sekitar selatan Siam hinggalah ke Kelantan. Mamat juga telah mengupah Jaafar Beruang untuk mencari Pak Isa di Kelantan namun tidak berjumpa. Dendam mereka makin membara setelah mengetahui Dolah Munduk telah mengupah orang untuk memasukkan arak yang bercampur tuba dalam bekas minuman Aral sehingga menyebabkan Aral menjadi gila. Keadaan itu telah menyebabkan Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Aral.
Ketika buat pertama kalinya Aral akan dilagakan, kelibat Dolah Munduk telah dikesan. Hal ini, telah menyebabkan dendam mereka makin membara. Walaupun begitu, mereka perlu bersabar terlebih dahulu kerana terpaksa menunggu Aral habis dilagakan. Beberapa taktik di atur agar mereka dapat membalas dendam kepada Dolah Munduk. Setelah habis pertandingan, Aral telah dibawa pulang oleh Salim dan pengikutnya manakala Jali, Sani dan Mat San tidak ikut pulang. Sebaliknya mereka merancang untuk membunuh Dolah Munduk. Ketika Dolah Munduk masuk ke sebuah warung, mereka telah menunggu di satu tempat dengan bersembunyi. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Dolah Munduk dan seorang rakannya telah keluar daripada warung. Tidak beberapa lama kemudian bermulalah pergaduahan antara mereka semua. Kawan kepada Dolah Munduk dapat melarikan diri manakala Dolah Munduk terus mati di situ setelah dihiris dan ditikam oleh mereka. Namun, Pak Isa masih selamat. Kejadian itu telah menyebabkan mereka menyembunyikan diri bagi memastikan bagi mereka tidak ditangkap oleh serdadu atau pihak bertanggungjawab.
Setelah beberapa lama, usaha mencari musuh mereka itu menemui jalan buntu, Pak Isa muncul ketika Mamat dan anak-anak buahnya berada di bong ketika melagakan Aral. Aral sebenarnya akan dilagakan dengan lembu Pak Isa. Ketika itu, Mamat mengetahui bahawa lembu yang akan menjadi lawan Aral, tanduknya tidak asli iaitu diperbuat daripada besi. Oleh itu, Mamat berkeras untuk memeriksa lembu tersebut. Ketika itulah munculnya Pak Isa dengan memberi amaran supaya tidak masuk jika tidak mahu ditembak. Namun, Mamat terus melangkah ke hadapan dan menghalakan senapang laras duanya ke arah Pak Isa. Seterusnya Mamat telah menembak mati Pak Isa. Mamat sangat puas dengan tindakannya itu.
Ternyata dendam yang dibangunkan dalam novel ini berjaya membawa penulis ke satu permasalahan yang sememangnya wujud dalam masyarakat Melayu. Kata-kata “Hutang wang dibayar wang, hutang darah dibayar darah” digambarkan melaui cerita ini. Manusia tidak akan berpuas hati selagi hutang atau dendamnya tidak tertunai.
2.1.4 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Walaupun novel Juara membawa nilai-nilai yang lebih bersifat agresif, S. Othman Kelantan tetap memasukkan nilai kasih sayang dalam novelnya. Kasih sayang terhadap keluarga begitu dititikberatkan oleh penulis. Lalu beliau, membangunkan watak-watak dan babak-babak yang mampu membuatkan pembaca berfikir tentang indahnya mempunyai sebuah keluarga yang saling menyayangi dan mempercayai.
Watak-watak dalam keluarga Mamat, digambarkan sebagai watak-watak yang cukup penyayang. Mamat mempunyai seorang isteri iaitu Minah dan tiga orang anak perempuan serta seorang anak lelaki bernama Jusuh. Kehidupan keluarga ini aman dan damai. Buktinya, mereka masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihanraya dan ikut sama-sama melarikan diri ke Siam.
Selain itu, kasih sayang mereka juga dipamerkan ketika Mamat menghadapi musibah. Sebagai contoh, Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Arah. Namun mereka tetap setia merawat Mamat. Contoh, petikan yang dapat dilihat tentang kasih sayang isterinya;
i.
Demo
dah makan ubat” suara Minah separuh berbisik ke telinganya. Dia menggeleng sedikit.
Minah mengambil ubat butir di dalam bekas nescafe. Mencurahkannya dalam tapak
tangan. Membawanya ke mulut mamat. (Juara : 111)
|
Selain itu, digambarkan juga watak
Mamat yang selalu memandang keluarganya dengan penuh kasih sayang. Pastinya
setiap kali melihat wajah isteri dan anak-anaknya akan timbul satu perasaan
sayang yang tidak berbelah bahagi. Contoh boleh dilihat dalam petikan ini;
i.
Dia segera
melihat wajah Faisah yang cerah dan segar. Ingin dia mencium anaknya itu.
Akan tetapi, diurungkan. ( Juara
: 75)
|
Mamat juga sentiasa menginginkan sesuatu yang
terbaik untuk anaknya terutamanya kepada satu-satu anak lelaki dia iaitu Jusuh.
Dia sentiasa inginkan Jusuh mempunyai masa hadapan yang cerah dan dapat
berbakti di bumi Kelantan walaupun mereka sudah menetap di bumi Siam. Contoh
petikan yang menunjukkan Mamat sentiasa memikirkan masa depan anaknya ialah;
i. Jusuh,
jangan! Fikir mamat dalam hati. Jusuh jangan masuk politik. Jangan. Jusuh
mesti menghabiskan pelajarannya betul-betul. Ya Tuhan Doanya. Biarlah Jusuh
mendapat tempat tegak baik di tanah airnya Kelantan! Ya Tuhan.
|
Nilai
kasih sayang yang digambarkan dalam novel ini banyak mempengaruhi emosi
pembaca. Kehidupan keluarga yang bahagia mencerminkan bahawa penulis masih cuba
membawa pembaca untuk menilai sejauh mana nilai kasih sayang mampu membentuk
manusia dalam nilaian yang berbeza.
2.2 Nilai
Budaya
Menurut
Kamus Dewan kata ‘budaya’ bermaksud tamadun atau peradaban. Manakala Kamus Indonesia bermaksud fikiran atau akal
budi. Ditinjau dari segi etimologi bahasa, kata kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit ‘buddhayah’ iaitu bentuk kata jamak dari ‘buddhi’ yang bermaksud budi atau atau akal. Oleh itu, konsep budaya adalah hal
yang berkaitan dengan budi dan akal fikiran manusia. Selain itu, prinsip-prinsip
agama dan kewarganegaraan,
dalam memenuhi persaudaraan dan tanggungjawab bersama.
Kamus Dewan memberi erti
kata ‘kebudayaan’ ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang
berupa kebendaan atau kerohanian, sesuatu masyarakat tamadun, peradaban, dan kemajuan (akal budi). Dalam
Bahasa Inggeris, kebudayaan didefinisikan
sebagai ‘culture’ yang berasal daripada bahasa Latin ’colere’ yang bererti mengolah dan mengerjakan. Kata ini
menunjukkan kepada segala daya dan usaha
manusia untuk mengubah alam. Kata “sosiobudaya” bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup,
adat istiadat, kepercayaan, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya). Bagi memahami kajian novel-novel kita perlu mengemukakan pengertian “kebudayaan”
terlebih dahulu.
Di
samping itu, budaya juga merupakan elemen yang penting bagi membezakan manusia dengan hidupan lain. Budaya
biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti
yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Kehidupan
sesuatu masyarakat seperti amalan, perilaku,
dan tindak tanduk bergantung kepada kebudayaan yang diamalkan. Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentuakan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali dalam kalangan ahli
antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuan
budaya. Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi
seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Kisah ini mengisarkan bagaimana
novel Juara mengangkat manusia berjiwa besar
seperti Mamat yang menjadi berani dengan imej juara laga lembu. Dalam novel Juara, Mamat sebagai watak protagonis mahukan
yang terbaik untuk masyarakat tetapi
akhirnya menyedari bahawa apa yang dia mahu untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhan dan dalam jangka masa
panjang tidak sehaluan dengan hasrat masyarakat.
Juara adalah cerita yang agak sukar untuk difahami kerana nilai tradisional yang penting kepada masyarakat
Kelantan dan Patani adalah ditonjolkan melalui
persengketaan bagi mempertahankan kehormatan lelaki.
Nilai
budaya tidak banyak ditonjolkan di dalam novel Juara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini
ditulis bagi mengkritik dan menyindir golongan tertentu.
Oleh yang demikian budaya yang digarap oleh pengarang kebanyakannya adalah budaya negatif seperti budaya judi,
balas dendam, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
nilai budaya masih lagi terdapat di dalam novel Juara ini jika dikaji dengan lebih mendalam. Nilai budaya
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Patani
juga boleh dijadikan teladan dan contoh yang baik kepada pembaca bagi menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Nilai budaya yang terdapat di dalam novel Juara
karya S. Othman Kelantan seperti berikut:
2.2.1 Nilai Budaya Tidak Mudah Berputus Asa
2.2.1 Nilai Budaya Tidak Mudah Berputus Asa
Juara adalah novel S. Othman Kelantan yang
mengisahkan perjuangan seorang bekas pejuang politik yang perjuangannya tidak
pernah berakhir selepas kariernya berakhir. Yang berpindah hanyalah medan
perjuangannya. Bagi Mamat perjuangan di medan politik tidak ada bezanya dengan
perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua-duanya menuntut penglibatan,
perancangan, risiko dan pengorbanan diri sendiri.
2.2.2 Nilai Budaya
Nasihat-menasihati
Nilai ini ditonjolkan oleh watak isteri Mamat iaitu Milah yang sentiasa
menasihati Mamat supaya tidak bermain judi (laga lembu). Namun, nasihat
isterinya tidak diendahkan kerana baginya ia adalah perjuangan dalam menjaga
kehormatan lelaki.
2.2.3 Nilai Budaya
Agama Islam
Nilai keagamaan ini dapat dilihat menerusi gambaran daripada Jusoh,
anak muda, menonjolkan unsur Islam daripada tahun 1990-an kontemporari identiti
Melayu seperti yang asalnya dibentuk oleh tahun 1970-an. Di sini, Jusoh sentiasa
memakai songkok. Kita akan berjumpa dengan dia hanya sekali dalam novel itu, di
sebuah sekolah Islam di Kelantan. Dalam senario ini, beliau menasihatkan
bapanya, “Ayah, engkau tidak membunuh. Terdapat undang-undang. Dendam adalah
satu dosa. Serahkan kepada polis.” Apabila Mamat mendakwa bahawa membalas
kematian Lazim adalah soalan kehormatan “maruah”. Jusoh berkata, “Dua kesalahan
tidak membuat hak. Dalam kejadian lain, Sani memberitahu orang-orang lain yang
Jusoh tidak akan menjadi jogho kerana dia merasakan pertempuran lembu adalah
kekejaman kepada haiwan dan judi, satu dosa. Cukup menarik, ia adalah Mamat
sendiri yang mahu anaknya untuk mempunyai kehidupan yang berbeza dan tidak
menjadi seorang ahli politik ataupun pekelahi sapi. Dia mahu Jusoh untuk
dididik di Malaysia dan mungkin terus ke universiti di sana. Identiti mamat
diperkaya bukan sahaja oleh nasionalisme Melayu, dan bersepadu terikat kepada
adat (adat) dan tradisi menjadi jogho Kelantan, tetapi juga dan mungkin lebih
halus, kepercayaan agamanya seperti yang ditunjukkan dalam babak awal di mana
kita melihat dia berkata solat pagi itu. Selain menghantar anaknya ke sekolah
Islam, apabila Mamat ditangkap kerana membunuh Dolah, beliau meminta untuk
dibenarkan untuk membawa tasbih.
2.2.4 Nilai Budaya Kegigihan
Kaum Perempuan
Watak-watak wanita dalam novel Juara lebih mantap dan menonjol
berbanding lelaki. Milah dengan berani dan tegas mempersoalkan sikap suaminya
biarpun akhirnya dia mengalah. Mereka kuat bekerja (peristiwa yang ironis,
Mamat dan rombongannya bergerak ke bon lembu, tetapi Milah dan anak gadisnya
terus bekerja), dan bila dicabar mereka sanggup ke gelanggang laga lembu
biarpun itu adalah gelanggang hanya untuk lelaki. Watak-watak wanita yang
berani dan sanggup bangkit menyuarakan sikap adalah lanjutan watak-watak wanita.
Peristiwa berkaitan kegigihan kaum hawa atau wanita ini digarap melalui
kerajinan mereka bercucuk tanam tanaman padi yang menjadi punca pendapatan
mereka pada masa itu.
2.2.5 Nilai Budaya
Pengorbanan
Pengorbanan Mamat demi melindungi anak saudaranya daripada ditangkap
pihak polis. Beliau sanggup mengaku menembak Pak Isa dengan mengambil senapang
daripada Sani dan rela memasuki penjara.
2.2.6 Nilai Budaya Perjuangan
Bangsa
Nilai perjuangan dipaparkan oleh Mamat di dalam Novel Juara iaitu berpusat
kepada seorang pejuang bangsa. Sebagai seorang pejuang, Mamat telah berjuang di
dua gelanggang berbeza dan dia muncul sebagai juara di dua gelanggang tersebut.
Di Kelantan, Mamat adalah pejuang politik yang memperjuangkan kemerdekaan dan
apabila perjuangan politik tercapai dia dipinggirkan.
2.3 Pandangan
Hidup
Maksud pandangan hidup
secara umum menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri
Lanang Hj. Rohani (2015: 126) ialah satu konsep mengenai pandangan hidup alam
semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan
yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu. Manakala pandangan hidup
daripada perspektif Islam pula menurut Syed Naquib al-Attas (1972) dalam Mohd.
Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri Lanang Hj. Rohani (2015:
125), ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati
manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Setiap masyarakat selalu memiliki
pandangan hidup tersebut, begitu juga dengan masyarakat Melayu. Berdasarkan
novel yang dikaji, terdapat beberapa pandangan hidup yang diketengahkan,
antaranya ialah :
2.3.1 Kasih Sayang yang Tinggi terhadap Rakan
Seperjuanga
Mamat sangat mennyayangi rakannya, iaitu Abang Lazim. Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga lembu. Walaupun Abang lazim sudah tiada, namun perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan mereka.
Mamat sangat mennyayangi rakannya, iaitu Abang Lazim. Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga lembu. Walaupun Abang lazim sudah tiada, namun perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan mereka.
i.
“Dia baru pulang
daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia sebenarnya amat terasa kehilangan
manusia seorang itu. Dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Harga itu ialah kewibawaan
Abang Lazim selama hayatnya.”
(Juara : 49)
|
2.3.2 Hutang Darah Dibayar Darah
Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus dibayar dengan nyawa kerana keadilan harus ditegakkan. Pak Isa dan konco-konconya harus menerima padah hasil daripada perbuatan yang telah mereka lakukan.
Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus dibayar dengan nyawa kerana keadilan harus ditegakkan. Pak Isa dan konco-konconya harus menerima padah hasil daripada perbuatan yang telah mereka lakukan.
i.
“Tiba-tiba Mamat
merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa semuanya sekali mesti mati?
Kemudian dengan penuh jengkel, dia membenarkan.
Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti
mati. Beberapa orang lain mesti mati. Dan akhir sekali, Langsat mesti mati.
Langsat? Mungkin tidak perlu mati. Langsat sudah kalah” (Juara : 111)
|
2.3.3 Berpegang pada Janji
Mamat mempunyai jati diri yang tinggi. Perkara ini dilihat apabila Mamat sendiri bersumpah janji dengan perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalam dunia politik.
Mamat mempunyai jati diri yang tinggi. Perkara ini dilihat apabila Mamat sendiri bersumpah janji dengan perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalam dunia politik.
i.
“Saya sudah sangat
tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak
diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tapi apa
boleh buat. Rakyat sendiri menentukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah
mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat membuktikan bahawa
mereka tidak lagi mahu!”. (Juara :17-18)
|
2.3.4 Tidak Lupa dengan Asal Usul
Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun beliau telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun beliau tetap pulang ke tanah airnya itu setelah lama meninggalkan kawasan kampungnya itu bertahun- tahun.
Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun beliau telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun beliau tetap pulang ke tanah airnya itu setelah lama meninggalkan kawasan kampungnya itu bertahun- tahun.
i.
“Sekarang dia
kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya sebagai pahlawan
yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri, yang disambut kepulangannya dengan ribuan rakyat.
Tidak. Dia hanya berasa kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa
daripada suatu daging yang lemah dan separuh busuk dan hampir
hancur”. (Juara
:25)
|
2.4 Nilai
Ilmu
Hassan Ahmad (2000:34), menyatakan bahawa terdapat gambaran secara menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh dalam tradisi orang Melayu yang ada kaitannya dengan pengalaman (praktik), abad dan budi. Ilmu yang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ini sebenarnya merupakan ilmu yang lebih penting berbanding dengan ilmu abstrak. Nilai ini digambarkan dalam sastera Melayu melalui istilah “pandai” : pandai besi, pandai keris, pandai emas dan sebagainya. Petua orang tua-tua, yang dianggap sudah diuji zaman atau pengalaman, sangat dihormati dan dijadikan rujukan ilmu ( yang juga penting untuk memelihara adat dan warisan bersama ).
Hassan Ahmad (2000:34), menyatakan bahawa terdapat gambaran secara menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh dalam tradisi orang Melayu yang ada kaitannya dengan pengalaman (praktik), abad dan budi. Ilmu yang berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ini sebenarnya merupakan ilmu yang lebih penting berbanding dengan ilmu abstrak. Nilai ini digambarkan dalam sastera Melayu melalui istilah “pandai” : pandai besi, pandai keris, pandai emas dan sebagainya. Petua orang tua-tua, yang dianggap sudah diuji zaman atau pengalaman, sangat dihormati dan dijadikan rujukan ilmu ( yang juga penting untuk memelihara adat dan warisan bersama ).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1081),
perkataan nilai adalah merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Mohd
Rashid Md Idris (2011: 12), menyatakan bahawa nilai boleh didefinisikan dalam
tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau
manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek
berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan
manusia. Nilai sememangnya membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau
buruk dan betul atau salah. Oleh yang demikian, nilai bukan sahaja merupakan
satu standard bagi barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima
atau menolak sesuatu perlakuan manusia.
Ilmu pula bermaksud pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain (2013:567). Oleh itu,
dapatlah dikatakan bahawa ilmu adalah satu perkara yang sangat berkaitan kerana
pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam
bentuk pelbagai maklumat. Terdapat pelbagai jenis ilmu yang dapat diperoleh
dalam karya agung Melayu seperti ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi,
ilmu pengasih dan sebagainya. Mana Sikana (1996) membahagikan bidang
falsafah kepada enam nilai ilmu iaitu ilmu teologi, ilmu etika, ilmu estika,
ilmu mantik, ilmu metafizika, dan ilmu kosmologi.Berdasarkan Novel Juara, terdapat
beberapa nilai ilmu yang boleh dikaitkan dalam aspek ilmu antaranya ialah
2.4.1 Ilmu Keagamaan
Ilmu keagamaan merupakan ilmu yang
sangat penting dalam mengatur dan merencanakan kehidupan seseorang manusia. Ilmu keagamaan memberi petunjuk bagaimana cara mengadakan hubungan antara
manusia dengan manusia, manusia dengan
alam, dan manusia dengan Tuhan. Islam telah menggabungkan antara agama dan juga ilmu . Tiada penentangan
antara agama dan ilmu dalam Islam malah
agama itu sendiri dianggap
sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antaranya Al-Quran,
Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain. Ilmu merupakan
teras dalam sistem pendidikan Islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah.
Selain itu, pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi
ilmu pengetahuan manusia adalah wahyu terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad saw. Berdasarkan
novel Juara yang dikaji, ilmu keagamaan ini
dapat dilihat seperti contoh di bawah:
i.
Kemudian mayat
itu dibasuh. Dimandikan. Orang di
bawah berpusu-pusu. Mereka menumpangi kerusuhan keluarga yang kehilangan
kepala itu. Mamat memerhatikan lagi mayat Lazim. Kapas telah menenggelamkan semuanya. Dan, saat akhir, isteri
Abang Lazim menanamkan matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam
pucat. Kemudian, tiga orang anak-anaknya mengecupi
mayat itu seorang demi seorang. Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang dahi mayat Abang
Lazim dengan telunjuk kanannya dengan bahasa isyarat. (Juara : 6)
ii.
Mamat ikut mengusung bersama-sama anak-anak
abang Lazim dan budak Jali, pemuda tenang yang berjaya memenangi hatinya
supaya bersabar tadi. Ketika mayat Abang Lazim dibaringkan, kemudian ditimbus
perlahan-lahan, Mamat berasa seolah-olah sepuluh tahun yang dia
menimbuskan perjuangan politiknya dengan sumpahnya. (Juara : 8)
|
Berdasarkan contoh yang dinyatakan
ini, nilai keagamaan ini dapat dilihat pada proses mengendalikan dan
menguruskan sesuatu hal yang berkaitan dengan kematian dan juga cara pengurusan
jenazah. Dalam contoh ini, dinyatakan bahawa proses pertama adalah memandikan
mayat tersebut, proses meletakkan kapas pada bahagian yang mempunyai lubang, proses
mengecupi mayat buat kali terakhir, menuliskan kalimah pada dahi, mengusung
mayat ke tempat pengebumian, dan proses membaringkan dan menimbus mayat secara
perlahan-lahan.
2.4.2 Ilmu Politik
Berdasarkan novel Juara
yang dikaji, pengarang menggambarkan watak utamanya iaitu Mamat sebagai tokoh politik yang terlibat secara
langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air. Apabila kemerdekaan tercapai, dia mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihanraya dengan
tujuan untuk terus kekal menjadi tokoh politik
sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat. Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanraya tersebut dan
kerana itu dia dan keluarganya berpindah ke Selatan
Siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik. Walau bagaimanapun cita-cita dan
keinginannya tetap ada namun dia akhirnya memilih
untuk menjadi pelaga lembu. Contohnya dapat dilihat pada contoh di bawah :
i.
Mamat
masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah
pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan
berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh
tahun berjuang dalam politik. Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab
itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah
menolak saya. (Juara
: 17)
ii.
Dalam
pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri, setahun sebelum pilihan raya
kedua selepas merdeka, dia tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan
tetapi, namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam pemilihan calon
sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti untuk menyelaraskan kerja-kerja
kempen, dia dengan tegas mengatakan :… .
(Juara : 82)
|
2.4.3 Ilmu Berlaga Lembu
Keinginan
watak utama untuk menjadi seorang tokoh politik yang akhirnya tidak tercapai dimanipulasi oleh pengarang sebagai pelaga lembu. Pelaga lembu ibarat parti politik
yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan
perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta
percakaran politik yang akhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat. Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang diatur oleh pelaga lembu untuk beroleh
kemenangan, maka begitu jugalah yang terjadi dalam medan politik. Dalam medan
politik Mamat digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang tewas sebaliknya
dalam medan laga lembu Mamat diletakkan sebagai “Juara.” Pertaruhan wang
ringgit, unsur sabotaj, hasad dengki, penyelewengan disuarakan oleh pengarang
dalam perlawanan laga lembu. Ia sebenarnya adalah analogi yang cuba diberikan
oleh pengarang kepada realiti politik sebenar. Hanya mereka yang berani mengambil
risiko sahaja yang sanggup menceburkan diri dalam bidang politik. Berdasarkan
novel Juara, nilai ilmu ini dapat dilihat seperti contoh di bawah:
i.
Dia
bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada
apa-apa hinanya di daerah ini. (Juara : 30)
ii.
Jali
diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak betapa kecewanya seseorang
yang kalah dalam perjudian lembu begitu.(Juara : 37)
iii.
Lembu itu
menyerbu begitu garang menerkam lawannya. Kedengaran sesuatu yang sangat
mengerikan ketika kedua-dua tanduk daripada dua ekor lembu itu bertembung di
tengah-tengah gelanggang (Juara : 143)
|
2.5 Teknik
Kepengarangan
Kepengarangan bermaksud keterampilan, kecerdikan dan
kearifan seseorang pengarang dalam karyanya. Kepengarangan dapat menunjukkan
kekuatan, keistimewaan atau kelemahan seseorang pengarang (2014:96).
Kepengarangan ini merupakan salah satu pengarang menunjukkan dan mencipta
keperibadian masing-masing untuk membina teks yang unggul. Sebelum menulis,
pengarang akan mempunyai pelbagai pengalaman berharga yang akan mempengaruhi
penulisannya. Pengarang akan menulis berdasarkan bayangan, kenangan, pengaruh,
bacaan, penyelidikan dan lain-lain.
S. Othman Kelantan merupakan
seorang penulis yang mula menceburi bidang ini seawal tahun 1955. Namun begitu,
banyak hasil penulisannya tidak diterbitkan oleh mana-mana pihak. Beliau
berpendapat pengalaman yang sebenar itu
akan lebih dapat dirasai dalam sesebuah karya apabila pengarang
mengalaminya sendiri. Novel Juara diterbitkan pada tahun 1976. Beliau
digolongkan sebagai salah seorang pengarang Melayu yang prolifik setanding
dengan Shahnon Ahmad. Beliau merupakan seorang cerpenis, novelis, penyelidikan
sastera dan seorang pengarang yang mendukung pemikiran dan falsafah.
2.5.1 Kepengarangan berkaitan dengan Keagamaan
Kepengarangan S. Othman bukan sahaja menumpukan persoalan politik masyarakat tradisi tetapi berkaitan juga dengan keagamaan. Dalam novel ini, Mamat sentiasa menunaikan solatnya dan sentiasa berzikir. Perkara ini juga turut dilakukan oleh ahli keluarganya. Berikut merupakan petikan yang menunjukkan kenyataan perkara di atas ;
Kepengarangan S. Othman bukan sahaja menumpukan persoalan politik masyarakat tradisi tetapi berkaitan juga dengan keagamaan. Dalam novel ini, Mamat sentiasa menunaikan solatnya dan sentiasa berzikir. Perkara ini juga turut dilakukan oleh ahli keluarganya. Berikut merupakan petikan yang menunjukkan kenyataan perkara di atas ;
i.
Kemudian,
Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia
mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya akan diterima
Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim. Biarlah arwah sahabatnya akan
bersenang-lenang di dalam kuburnya.
Tiba-tiba hati
Mamat terkedu. Mungkinkah Abang Lazim akan bahagia di dalam kuburnya?
Bukankah dalam sepanjang hidupnya Abang Lazim mempertarungkan binatang? Bukankah
itu kerja zalim? Ya Tuhan! Mamat berdoa dalam hatinya. Itu pun satu kerja
untuk menyambung nyawa anak isteri. Ya Tuhan! Terimalah ini! Tuhan Pengasih,
Penyayang! Mamat menenangkan hatinya sendiri. Hampir-hampir dia menitiskan
air mata ketika satu-satu kalimah zikir diucapkan. Dia memejamkan seluruh
matanya. Membuat zikir yang paling khusyuk seumur hidupnya selama berada di
sini.
(Juara : 18)
ii.
Ketika Minah
menunaikan sujud dalam rakaat ketiga sembahyang isyak, dia mendengar ada
ketukan yang sangat perlahan di pintu dapurnya. Ketukan itu bertubi-tubi.
Oleh sebab tidak ada sesiapa pun yang membukanya. Minah menjadi kurang
khusyuk dalam sembahyangnya. Dia cuba menenangkan fikirannya. Menumpukan
sepenuhnya kepada sembahyangnya. (Juara : 173)
|
2.5.2 Kepengarangan berdasarkan Gaya Penulisannya
` Kepengarangan
S. Othman bukan terserlah dalam pemilihan tema dan persoalan novel namun, pada
gaya penulisannya. Identiti S. Othman yang jelas dan tersendiri dilihat pada
aspek pemilihan tema dan persoalan. Beliau menggemari persoalan yang berhubung
kait dengan Islam. Sebelum menulis, S. Othman akan melakukan penyelidikan. Ciri
kepengarangan lain yang dimiliki oleh S. Othman yang gemar menampilkan
watak-watak dan kisah hidup masyarakat kampung dalam penulisannya. Sikap gigih
ini diperlihatkan oleh S. Othman pada orang kampung seperti Mamat dalam novel
Juara. Walaupun novel ini menggambarkan konflik orang kampung tetapi mempunyai
unsur politik semasa. Mamat merupakan seorang ahli politik semasa Tanah Melayu
ingin mencapai kemerdekaan sebelum bersara dan terlibat dengan pertandingan
bersabung binatang ini. Perkara ini dapat diperlihatkan berdasarkan petikan
yang berikut ;
i.
Mamat
mengingat-ingat. Sepuluh tahun yang lalu ketika dia dikalahkan dua kali dalam
pilihan raya di Kelantan, selepas kemerdekaan, dia didatangi Abang Lazim.
Walaupun Abang Lazim yang tinggal di Bangnara, sudah berkali-kali ditemuinya,
ketika dia ke Pattani-Pulau Lonel maksudnya- kerana urusan-urusan perniagaan
barang-barang Siam, tetapi kedatangan Abang Lazim selepas dia kalah dua kali
dalam pilihan raya itu sangat bererti. (Juara: 16)
|
Kegemaran S. Othman menampilkan
kisah-kisah hidup masyarakat kampung dikaitkan dengan kesan penerimaan terhadap
modenisme. Namun demikian, tidak semua modenisme dilihat oleh S.Othman membawa
kesan negatif tetapi ada juga yang membawa kesan positif. Dalam novel Juara,
orang kampung seperti Mamat yang sentiasa mengambil perhatian yang serius
terhadap pelajaran anaknya. Dia tidak mahu anaknya mewarisi kemiskinan seperti
dirinya. Mamat percaya hanya pendidikan yang dapat melepaskan seseorang itu
daripada penjara kemiskinan.
i.
Jusuh masih
belajar di sebuah sekolah Inggeris di Pasir Mas. Dia mengharapkan anak
laki-lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia
mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya. Janganlah menerima
nasib seperti dirinya. Tenaganya diperlukan selepas merdeka (Juara:17)
|
2.5.3 Penggunaan Teknik Monolog Dalaman
Selain itu, berdasarkan novel ini juga memperlihatkan ciri kepengarangan S. Othman Kelantan. Melalui novel ini, pengarang banyak menggunakan teknik monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud kata-kata yang terucap di dalam hati sahaja tanpa didengari oleh orang lain. Keadaan ini banyak berlaku terhadap Mamat. Dia seorang yang memendam perasaan hanya dirinya sahaja yang merasainya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui petikan tersebut;
Selain itu, berdasarkan novel ini juga memperlihatkan ciri kepengarangan S. Othman Kelantan. Melalui novel ini, pengarang banyak menggunakan teknik monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud kata-kata yang terucap di dalam hati sahaja tanpa didengari oleh orang lain. Keadaan ini banyak berlaku terhadap Mamat. Dia seorang yang memendam perasaan hanya dirinya sahaja yang merasainya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui petikan tersebut;
i.
Pasti! Dia
memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan dengan berpadanan.
Mengapakah kerana kalah harus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah!
Kata Mamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah. Abang Lazim
juga begitu. Dia tidak pernah membunuh. Segarang-garang Jali juga tidak
pernah membunuh. Mengapa Pak Isa membunuh? Mengapa? Mamat tidak dapat
menjawab. Dan, dia hanya merasakan bahawa kejahatan itu terlalu. Sudah
melampau. Bukankah lebih baik dibalas begitu? Tentu! Mamat menentukannya
dalam hati. (Juara:29)
ii.
Tiba-tiba
Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa semuanya sekali mesti
mati? Kemudian, dengan penuh jengkel, dia membenarkan. Pak Isa mesti mati.
Dan akhir sekali, Langsat mesti mati. Langsat? Mungkin tidak perlu mati.
Langsat sudah kalah. Langsat juga sudah separuh mati di dalam bong. Mulut dan
hidung Langsat berbuih-buih. Buih, itu tanda kematian juga. Akan tetapi,
kalau mungkin, ya kalau sahaja, Langsat juga mesti mati. Dimatikan! Dia
membentak dengan keras dalam hati. (Juara:111)
|
2.5.4 Penggunaan Teknik Ayat yang Panjang
Tambahan lagi, dalam novel ini juga memperlihatkan
kepengarangan yang ditonjolkan oleh pengarang. Pengarang lebih banyak
menggunakan teknik ayat yang panjang berbanding penggunaan dialog. Namun
begitu, dialog tersebut hanya menggunakan ayat yang pendek sahaja. Dalam novel
ini, misalnya pada bab 10, hanya 5 dialog sahaja dan pada bab 11 hanya 4 dialog
sahaja. Perkara ini dapat diperlihatkan melalui petikan tersebut ;
i.
“Aral diberi
minum arak campur tuak, “ kata Sani dengan sungguh-sungguh kepada bebepara
orang yang sedang berbual-bual dengannya di rumah Mamat itu. “ Ada orang yang
dengki kepada Aral. Tapi kalau sampai dua kali diberi demikian, Aral akan
gila seumur hidup!”Mamat memete-meta dalam kepalanya. Memang orang patut dengki
kepada lembu yang berbakat itu. Dia cuba bertanya apakah lembu itu sakit
kerana dipukul oleh Jali itu? Akan tetapi, dia tidak berdaya juga untuk
bercakap.“Mujurlah lembu itu tidak apa-apa,” kata Sani lagi meneruskan. “
Pagi ini dapat makan dengan baik. Tidak garang seperti kelmarin. Aku beri
makan ubat Pak Cik Lah, tuk bomoh Tanjung Mas,” (Juara:69)
|
2.5.5 Penggunaan Teknik Imbas Kembali
Pengarang juga dalam novel Juara ini banyak
menggunakan teknik imbas kembali. Pengarang banyak menerapkan teknik ini
terutama pada watak utama dalam novel ini. Melalui watak Mamat, banyak teknik
mengimbas kembali yang digunakan bagi menggambarkan situasi perkara yang telah
berlaku dalam kehidupannya. Imbas kembali bermaksud mengingati kembali
peristiwa yang telah dilalui atau
menceritakan semula keadaan atau situasi yang berlaku dalam kehidupan
seseorang. Mamat sentiasa mengingati perkara yang dilalui semasa dia bergiat
aktif dalam politik. Perkara ini dapat diperlihatkan melalui petikan berikut ;
i.
Mamat
mengingat-ingat. Sepuluh tahun yang lalu ketika dia dikalahkan dua kali dalam
pilihan raya di Kelantan, selepas kemerdekaan, dia didatangi Abang Lazim.
Walaupun Abang Lazim yang tinggal di Bangnara, sudah berkali-kali ditemuinya,
ketika dia ke Pattani- Pulau Lonel maksdunya- kerana urusan-urusan perniagaan
barang-barang Siam, tetapi kedatangan Abang Lazim selepas dia kalah dua kali
dalam pilihan raya itu sangat bererti. Dia lebih kerap mengunjungi
keluarganya di selatan Siam itu. Dan, ketika Abang Lazim menawarkan tujuh
ekar tanah getahnya akan dijual, Mamat segera menyanggupinya. (Juara : 16)
ii.
Mamat masih
ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan
raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti
politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh berjuang
dalam politik.
(Juara:17)
iii.
Dia ingat
bagaimana susah payah untuk beroleh Minah binti Saleh, yang sudah mempunyai
tunang waktu itu. Dengan menggunakan kehormatan bapa saudaranya, seorang
penghulu kampung, Mamat memenangi hati keluarga Minah. Dan, Minah dikahwinkan
dengannya. Mamat terpaksa menghadapi sedikit perlawanan untuk menghalang
kejengkelan tunang Minah. Walaupun kenudiannya Mamat dipukul (dan parutnya
masih terbentang di atas kepalanya sebelah kiri), tetapi dia dapat membalas
kembali.
(Juara: 28)
|
2.5.6 Penggunaan Dialek
S. Othman Kelantan yang berasal daripada Kelantan
telah memasukkan juga dialek-dialek Kelantan dalam novel ini. Oleh yang
demikian kerana novel ini banyak menceritakan latar tempat di Kelantan dan juga
selatan Thailand, sempadan Kelantan. Namun begitu, penggunaan dialeknya masih
boleh difahami oleh pembaca. Antara dialek seperti penggunaan perkataan pitis, ambo, butir, demo dan lain-lain. Berikut merupakan
petikan yang menunjukkan adannya penggunaan dialek Kelantan;
i.
Apa pun alasan
sama saja. Dolah jahat. Dia kalah. Dia membunuh Chalet. Dapat balikkah
pitisnya?”. Jali agak geram. Matanya berpusing di dalam kawahnya agak cepat. (Juara
: 38)
ii.
“Harapkan mak
dua tiga hari ni,” tiba-tiba kata Salim. “ Ambo tak dak di rumah.” (Juara
: 43)
iii.
“Demo dah
makan ubat?” suara Minah separuh berbisik ke telinganya. Dia menggeleng
sedikit. Minah mengambil ubat butir di dalam bekas nescafe. Mencurahkannya
dalam tapak tangan. Membawanya ke mulut Mamat. “ Dua butir sehari,” Minah
seolah memperingatkan suaminya. “Dan ubat ini,”sambil menjangkau sejenis ubat
lagi.
(Juara : 111)
|
2.6 Seni
Bahasa
Novel Juara karya S. Othman
Kelantan merupakan sebuah karya satira yang menceritakan tentang pertandingan
berlaga lembu dalam kalangan masyarakat yang menetap di Selatan Siam. Dalam
novel ini, pengarang iaitu S. Othman Kelantan telah menggunakan beberapa aspek
seni bahasa bagi mengindahkan lagi penceritaan beliau terhadap jalan cerita
novel Juara. Jenis satira yang digunakan oleh pengarang ialah satira
berkias dan ibarat. Hal ini demikian kerana, pengarang banyak mengemukakan
kiasan dan ibarat dalam teks yang telah dihasilkannya. Kiasan dalam sesebuah
karya yang berbentuk satira merupakan hikmah atau pengajaran hasil daripada
kejadian yang telah digambarkan oleh pengarang, manakala ibarat pula dapat
diperoleh dalam bahagian akhir sesebuah karya. Novel ini mengibaratkan bidang
politik sama perlakuannya dengan aktiviti berlaga lembu, manakala pengundi pula
diibaratkan sebagai mangsa kepada politik. Dalam aktiviti berlaga lembu pula,
pengikut yang bertaruh dalam sesebuah pertandingan laga lembu merupakan mangsa
kepada juara lembu.
Terdapat
beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam novel Juara ini. Gaya bahasa
yang menarik telah digunakan oleh pengarang bertujuan agar mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dapat difahami dengan mudah oleh khalayak. Antara
gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah, metafora, personifikasi,
pleonasme, simile, hiperbola, paradoks, anafora, epifora, sinkof, monolog,
dialek, bahasa asing iaitu bahasa Inggeris, dan peribahasa.
2.6.1 Gaya Bahasa Metafora
Metafora merupakan sebuah perkataan
yang berasal daripada bahasa Yunani dan kebiasaannya perkataan ini mengandungi
satu perkataan yang berbentuk konkrit dan satu lagi berbentuk abstrak. Menurut
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007, 85), metafora merupakan sejenis gaya
bahasa perbandingan yang berbentuk tidak terus. Berdasarkan novel Juara,
berikut merupakan contoh gaya bahasa metafora yang terdapat dalam novel ini :
i.
Dia dipaksa
bersabar dalam seluruh kehancuran
dadanya. ( Juara : 2)
ii.
Dia
seolah-olah berada dalam satu gua
masalah yang sangat hebat. (Juara: 54)
iii.
Gunung
kebanggaan terpacak
kemas kejap dalam kepalanya.
(Juara :107)
iv.
Sebuah gunung kesangsian terbangun tegak dalam dada
Jali. ( Juara :162)
|
2.6.2 Gaya Bahasa Personifikasi
Personifikasi merupakan sebuah
perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu merupakan gabungan dua
perkataan iaitu ‘persona’ dan ‘fic’. ‘Persona’ membawa maksud pelaku atau
topeng yang digunakan dalam pementasan drama, manakala ‘fic’ pula membawa
maksud membuat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007). Menurut Nik Hassan Basri
Nik Ab. Kadir (2007), personifikasi merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan
iaitu penginsanan atau pemberian sifat manusia kepada benda, binatang,
tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, atau idea yang bersifat abstrak.
Berdasarkan novel Juara, berikut merupakan contoh gaya bahasa
personifikasi yang terdapat dalam novel ini;
i.
Wang itu
masih panas dan riang. (Juara:
3)
ii.
... isteri
Abang Lazim menanamkan
matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam pucat. (Juara: 6)
iii.
Sebaris
asap tipis menari-nari di
atas bibirnya. (Juara : 41)
iv.
Sejenis bauan yang asing, agak masam dan bengis
menerpa ke dalam hidungnya. (Juara : 61)
v.
Ingatan itu
perlahan-lahan berbaris
dan berjalan masuk ke dalam kepalanya. (Juara : 66)
vi.
Deburan
ombak kegelisahan menggunung dalam
dada Jali. (Juara : 189)
vii.
Gunung-ganang
keraguan itu
terbangun dalam dada Jali. (Juara : 189)
|
2.6.3 Gaya Bahasa Pleonasme
Pleonasme atau dikenali juga sebagai
tautologi merupakan penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak perlu wujud
dalam ayat. Berdasarkan novel Juara, pengarang telah menggunakan gaya
bahasa pleonasme bagi memantapkan lagi perjalanan cerita novel ini. Menurut Nik
Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007), kata-kata yang berlebihan ini boleh
digugurkan daripada susunan ayat dan pengguguran kata-kata tersebut dalam ayat
tidak akan mempengaruhi makna susunan ayat. Berikut merupakan contoh penggunaan
gaya bahasa pleonasme dalam novel Juara;
i.
Dia merenung
malam gelap itu dalam detakan kecil hujan gerimis yang masih turun. (Juara : 54)
ii.
Ketika Mamat
tiba di kandang Aral, dia tidak melihat ada orang di situ. Tidak melihat Sani. Tidak melihat Salim. (Juara :
58)
iii.
Waktu perisyitiharan
tarikh kemerdekaan di Melaka, negeri
Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di barisan paling hadapan.
(Juara : 78)
iv.
Dan, dia
sendiri tidak tahu apa yang telah dilakukannya apabila kamkan Penghulu Lamin
menyatakan kemenangan Calet. Ertinya
kekalahan Langsat. (Juara : 106)
v.
Akan tetapi,
dia hampa. Tidak terlihat sekelibat pun desus manusia di rumah. Minah tidak ada. Melah tidak ada. Selamah tidak ada...
( Juara : 107)
|
2.6.4 Gaya Bahasa Simile
Simile juga dikenali sebagai
perumpamaan. Simile merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin
iaitu bermaksud ‘seperti’. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dalam Komsas
pegangan menyatakan bahawa simile merupakan gaya bahasa berbentuk
perbandingan terus iaitu perbandingan yang membandingkan dua perkara yang
berbeza tetapi sengaja dianggap sama. Kata-kata perbandangan gaya bahasa simile
ialah ‘seperti’, ‘bagai’, ‘ibarat’, ‘umpama’, ‘bak’, dan sebagainya. Berikut
merupakan gaya bahasa simile yang telah digunakan oleh pengarang dalam novel
ini;
2.6.5 Gaya Bahasa Hiperbola
i.
Kemudian,
tegak seperti seekor
tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang. Pistolnya. (Juara : 6)
ii.
Di sini
manusia murah seperti
kapur. (Juara : 9)
iii.
...Sani yang
bertubuh macam arang...
(Juara : 10)
iv.
Dia merasakan
semua tulang-temulangnya sudah hancur lebur. Lumat liat seperti debu. (Juara : 65)
v.
Mamat juga
sempat melihat Abang Lazim terlompat-lompat seperti
kera. (Juara : 105)
vi.
Apabila marah,
Mat San jadi macam
udang rebus. (Juara : 150)
|
2.6.5 Gaya Bahasa Hiperbola
Hiperbola merupakan sejenis gaya
bahasa pertentangan yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu yang dinyatakan
secara berlebih-lebihan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu. Tujuan
penggunaan hiperbola dalam sesebuah karya adalah untuk memberi penekanan maksud
terhadap sesuatu perkara dan untuk meningkatkan kesan dan pengaruh sesuatu
watak atau situasi. Hiperbola merupakan gabungan dua buah perkataan iaitu kata
‘hyper’ dan ‘ballien’ dan istilah hiperbola ini sebenarnya berasal dari bahasa
Yunani (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007). Antara gaya bahasa hiperbola
yang digunakan dalam novel Juara adalah seperti;
i.
Dia melihat
kepada Abang Lazim dibanjiri
darah. Tubuh Abang Lazim diselimuti seluruhnya dengan
darah yang sudah mulai pekat. (Juara : 5)
ii.
Dua orang
anak laki-laki Abang Lazim, membasahi
mayat ayahnya dengan air mata. (Juara : 6)
iii.
Sudah bercupak-cupak air mata keluarga Abang Lazim
oleh malapetaka itu. (Juara : 10)
iv.
“celaka!”
sebuah kalimat sebesar Bulit Tanjung terjatuh dalam gelodak
marahnya. (Juara : 13)
v.
Air matanya
masih juga berhamburan.
(Juara : 65)
vi.
Pujinya
dengan keyakinan sebesar
langit. (Juara : 145)
vii.
...dada
Jali masih bertaburan dengan masalah pelariannya. (Juara : 191)
viii.
...dengan
cucuran air mata yang terus mencurah-curah. (Juara : 198)
ix.
Betapa
kegembiraan sebesar gunung terpacak dalam
mata Minah. (Juara : 201)
|
2.6.6 Gaya Bahasa Paradoks
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir
(2007) menyatakan bahawa gaya bahasa paradoks merupakan gaya bahasa yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi
kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum. Berikut merupakan
contoh penggunaan gaya bahasa pertentangan paradoks yang terdapat dalam novel Juara;
i.
...sejak dia
berpisah dengan suaminya seorang Yang Berhormat yang sebenarnya
tidak terhormat. (Juara : 28)
ii.
Rapat
umum itu menjadi kacau. Walaupun polis membuat kawalan rapi... (Juara : 81)
|
2.6.7 Gaya Bahasa Anafora
Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab.
Kadir (2007), anafora merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan iaitu
pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang
berturutan. Tujuan pengulangan perkataan pertama dalam setiap baris adalah
untuk memberi kesan yang tertentu agar dapat dinikmati oleh khalayak yang
membaca sesuatu karya. Dalam novel Juara, pengarang banyak menggunakan
gaya bahasa anafora sewaktu menghasilkan novel ini. Berikut merupakan gaya
bahasa anafora yang terdapat dalam novel ini;
i.
Dia menerobos ke dalam lingkungan bulat yang tidak utuh itu. Dia
tiba-tiba berada di tengah-tengah. (Juara : 4)
ii.
Mencapai
ladingnya. Mencapai kelewang. (Juara : 6)
iii.
Setiap
perjuangan ialah darah dan
air mata. Setiap perjuangan ialah kejayaan dan kegagalan.
Setiap perjuangan ialah kehidupan dan kematian. (Juara :
6 & 7)
iv.
Pernah
dihadiahi telur busuk di Cabang
Empat Tuk Mek Ngah dalam gelora untuk memenangi undi. Pernah disekat dengan batang kelapa di Pohon Tanjung... Pernah
apa sahaja. Pernah pula berkofrontasi dengan Milah... (Juara
: 25)
v.
Dialah itu yang menentukan kemenangan. Dialah itu.
Dialah! (Juara : 38)
|
2.6.8 Gaya Bahasa Epifora
Epifora juga merupakan sejenis gaya
bahasa pengulangan tetapi epifora merupakan gaya bahasa pengulangan yang
mengulang perkataan, frasa, dan beberapa kata yang terdapat pada akhir ayat
yang berturutan. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007), penggunaan gaya
bahasa epifora ini bertujuan untuk membuat penegasan terhadap sesuatu perkara.
S. Othman Kelantan juga tidak ketinggalan dalam menggunakan gaya bahasa epifora
dalam penulisannya iaitu novel Juara dan berikut merupakan gaya bahasa
epifora yang terdapat dalam novel ini;
i.
Kemudian dilupakan. Dia mati dalam kelupaan, kemudian
dilupakan. Sama-sama mati dan sama-sama dilupakan. (Juara : 7)
ii.
Dia dan Abang
Lazim menerima nasib yang
sama. Perjuangan yang sama. (Juara : 7)
iii.
Sani tidak tahu. Salim tidak tahu.
Mamat sendiri tidak tahu. Malah Faisah juga tidak
tahu. (Juara : 39)
iv.
Kegagalannya ialah kegagalan
pelajarannya. Kegagalan perjuangannya ialah kegagalan
pelajarannya. (Juara : 55)
|
2.6.9 Gaya Bahasa Sinkof
Sinkof atau juga dikenali dengan
nama sinkop merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan iaitu gaya bahasa
pengguguran huruf tengah sesuatu perkataan untuk mewujudkan perkataan yang
berbentuk ringkas atau singkat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007).
Berdasarkan novel Juara, berikut merupakan penggunaan-penggunaan gaya
bahasa sinkof yang telah diselitkan oleh pengarang;
i.
“ambo tak
kenal...” Demo tu tak kenal Abang pa. (Juara
: 34)
ii.
“Tak
mandikan air suam-suam?” (Juara :
42)
iii.
Kasih sayang
yang masih kental seperti dulu juga.
(Juara : 67)
iv.
Dia pernah mengatakan
terus terang atas tindakan mereka ini dalam satu pertemuan parti tidak lama dulu. (8 Juara
: 2)
v.
“Tapi
tak sakit mak!” (Juara :
114)
vi.
“Tapi
telah sanggup terima duit orang,” kata Mat San. (Juara : 127)
|
2.6.10 Bahasa Asing (Bahasa Inggeris)
Bahasa asing merupakan bahasa
masyarakat di luar lingkungan Malaysia yang digunakan atau dituturkan oleh
masyarakat di Malaysia. Pengarang telah menggunakan bahasa asing iaitu bahasa
Inggeris sewaktu menggarap novel Juara. Walaupun penggunaan bahasa
Inggeris tidaklah secara menyeluruh, tetapi penggunaannya tetap diselitkan oleh
pengarang. Contoh penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisan novel ini ialah;
i.
Di dalam baju
dalam Salim terselit browning.
(Juara : 43)
ii.
Melihat ke
dalam barrelnya.
(Juara : 131)
iii.
Tangannya
tetap pada tregar
senapangnya laras duanya yang sudah tetap dan tepat ke rah Pak Isa.
(Juara : 216)
|
2.6.11 Peribahasa
Peribahasa menurut Kamus Dewan edisi
baharu (1992) ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap
dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Luqman Ariffin dan Abu Khair
dalam Abdullah Yusof et al. (2009), peribahasa mencerminkan ketajaman
renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan
dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling. Penggunaan peribahasa
juga turut diselitkan oleh pengarang dalam novel Juara dan berikut
merupakan contoh penggunaan peribahasa dalam novel ini;
i.
Jangan melepaskan kura-kura di kaki kerana mahukan burung yang
sedang terbang. (Juara : 84)
|
3.0
Kesimpulan
Kesimpulannya,
novel Juara ini merupakan sebuah analogi kepada isu politik yang berada dalam
negeri Kelantan dan juga dalam Negara sendiri. S. Othman mengaitkan perlawanan
laga lembu itu seperti salah sebuah percaturan dan permainan dalam dunia
politik yang melibatkan kemenangan dan kekalahan serta perjudian yang
berhabis-habisan bagi mendapatkan nama, pangkat dan gelaran yang ulung. Kaitan
pembunuhan dalam novel ini dengan politik adalah melibatkan kehidupan dunia
politik yang disaduri dengan kekotoran dan kekejaman semata – mata untuk
beroleh kemenangan walau dengan apa cara sekali pun. Jika dilihat, pelbagai
mesej dapat diperoleh dalam novel Juara ini sekali gus membantu dalam penerapan
nilai murni dalam diri pembaca. Pergolakan politik yang sering menjadi wadah
dalam setiap akhbar dalam dan luar negara tidak dipandang enteng dan dapat
difahami akan senarionya pada masa ini jika dikaitkan dengan penceritaan novel
ini.
ReplyDelete.
Bismillahir Rahmanir Rahim
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih wa 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
ReplyDeleteBismillahir Rahmanir Rahmanirahim
https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI
Salam dan renungan
Web: almawaddah.info
Kepada;
Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan
Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah.info
Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?
Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?
Terima kasih dan 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
....
Salam, hi. Saya seorang pelajar di IPT. Saya ingin menjadikan blog ini sebagai rujukan kepada tugasan saya. Boleh saya dapatkan nama penulis blog ini?
ReplyDeleteSalam.Saya meeupakan pelajar IPT.Saya ingin menjadikan resensi ini sebagai rujukan.Boleh saya dapatkan nama dan tahun resensi ini ditulis?
ReplyDelete